Annuar Musa dikompaun RM2,000

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berdepan kompaun RM2,000 akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana membuat kunjungan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Beliau (Annuar) dikompaun sebanyak RM2,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan perkara itu serta pengesahan kompaun yang diterima.

Sebelum ini, Annuar memuat naik hantaran di Twitter berhubung ziarah terhadap bekas Perdana Menteri itu Sabtu lalu.

Ciapannya itu mengundang kecaman netizen dan memohon tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas melanggar SOP PKP.