Home Berita Semasa “Aku keluar ni rasa-rasa akan eksiden” – Petanda pelik pelajar ungkap kata...

“Aku keluar ni rasa-rasa akan eksiden” – Petanda pelik pelajar ungkap kata terakhir sebelum maut kemalangan

“AKU keluar ni rasa-rasa akan accident (kemalangan),” itu kata-kata terakhir Muhammad Fakhrul Izad Mohd Shukri, sebelum dia maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Dungun-Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu petang semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Muhammad Fakrul Izad, 17, yang juga pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASED) dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar belakang motosikal lain.

Rakannya, Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, 15, yang membonceng motosikal itu bersamanya parah di bahagian dan kini menerima sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.

Menurut rakan mangsa, Muhammad Izha Al Idrus Mohd Anuar, 17, dia bersama arwah serta lima rakan lain tinggal di sebuah rumah di Kampung Alur Tembesu sejak seminggu lalu.

“Kami tinggal di rumah arwah nenek seorang rakan kami untuk belajar secara kumpulan sempena persiapan peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia SPM Februari ini.

“Sebelum keluar rumah, arwah sempat melafaskan ungkapan itu. kami semua tidak menyangka kemalangan itu benar-benar terjadi ke atasnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, sepanjang tinggal di rumah itu dan ketika mengulangkaji pelajaran, Muhammad Fakhrul Izad tidak banyak bercakap berbanding ketika di sekolah.

“Sejak beberapa hari ini arwah tidak selera makan dan asyik berdiam diri ketika kami bertanya keadaannya, dia cakap tak ada masalah.

“Ketika terima berita dia kemalangan, saya dan rakan-rakan ke tempat kejadian dan tidak sangka dia meninggal dalam kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version