Aktres Oh In Hye maut bunuh diri

SELEBRITI terkenal korea selatan iaitu Oh In Hye disahkan meninggal dunia akibat bunuh diri.

Melalui laporan Dispatch, rakan terdekat Oh mengesahkan perkara tersebut selepas menemui aktres itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pagi Isnin.

“Kami berharap dia dapat mengatasi masalah yang dihadapi. 

“Namun akhirnya dia memilih jalan nekad sebegini,” kata rakan Oh.

Oh ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya pada Isnin.

Menerusi laporan awal media Korea Selatan, pelakon tersebut dikatakan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan kecemasan namun jantungnya dikatakan berhenti berfungsi pada tengah hari waktu tempatan.

Majlis pengebumiannya dijangka akan diadakan secara tertutup di Hospital University Inha pada 16 September. 

Sejak membuat kemunculan pertama pada 2011, Oh kerap kali membuat kemunculan di beberapa rancangan televisyen tempatan.

Dia juga pernah membintangi beberapa filem antaranya The Plan, Secret Travel dan No Breathing.

Most Popular

Misteri ketukan pintu sudah menular ke Kuala Selangor?

MISTERI ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula 'merebak' ke Tanjong Karang...

Anggota PGA maut ditembak penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand, rakan kritikal

SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand dilaporkan maut akibat ditembak dalam kejadian awal...

Sudahla dicabul guru sendiri, pelajar ini dikecam pula burukkan imej Thailand

SEORANG wanita di Thailand dikecam kerana mengetengahkan isu gangguan seksual melibatkan sistem pendidikan dalam protes menentang kerajaan di Bangkok, baru-baru ini.

Suspek yang sama! Peragut dah cuba ‘buat hal’ di restoran Gombak sebelum tumbuk muka wanita di farmasi Setapak

DUA lelaki yang bertindak melakukan jenayah ragut di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak pada Sabtu lalu dikatakan cuba meragut seorang wanita...