Home Berita Semasa Amah Pukul, Hayun Bayi 2 Bulan Dihalau Keluar Rumah Serta Merta

Amah Pukul, Hayun Bayi 2 Bulan Dihalau Keluar Rumah Serta Merta

Foto : Kosmo

PETALING JAYA – Seorang wa­nita membuat laporan polis selepas kecewa dan marah de­ngan pembantu rumah yang memukul dan menghayun bayi perem­puannya yang berusia dua bulan dalam satu kejadian kelmarin.

Wanita yang dikenali sebagai Amyra Nadya berkata, dia me­nyedari kejadian itu selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya selepas mendengar bunyi kuat dari bilik anaknya.

“Luluh hati saya bila tengok balik rakaman CCTV, walhal anak saya ni senang sangat dijaga.

“Kuat dia pukul. Saya terus halau dia keluar rumah kerana dia berani buat begitu ketika saya ada di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Amyra, dia berada di rumah kerana menguruskan perniagaan secara online dan tak pernah tinggalkan anaknya sendirian dengan amah tersebut.

“Itupun dia berani buat dan nasib baik ada CCTV. Saya sudah buat laporan polis dan me­nyerahkan perkara itu kepada ejen perkhidmatan pembantu rumah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujar Amyra, sebelum ini dia ada pengalaman buruk de­ngan pembantu rumah yang me­larikan barang kemas miliknya bernilai lebih RM5,000.

Terdahulu, Amyra berkongsi mengenai kejadian itu di akaun TikTok miliknya yang turut meraih simpati orang ramai dan mengecam perbuatan pembantu rumah tersebut.

“Kesian bayi itu, masih kecil sudah dipukul. Lebih baik berhentikan saja pembantu rumah, takut kejadian lain pula yang berlaku kepada anak awak,” pesan Risa.

“Ya Allah, majikan baik, pembantu rumah pula yang bermasalah. Semoga dapat pem­bantu rumah yang baik selepas ini,” kata Aisyah Che Mat.

“Sebab inilah saya tidak percayakan sesiapa kalau dengan anak saya. Biarlah saya tidak bekerja, janji anak-anak saya sentiasa selamat,” tulis seorang pengguna.

Sumber : Kosmo

Exit mobile version