‘Abah’ dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, lantikan itu juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md. Yasin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, perkara tersebut juga telah dibincangkan ketika mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 September lalu.

Muhyiddin Yassin sebelum ini merupakan Perdana Menteri ke-8 telah melepaskan jawatannya susulan keadaan kemelut politik yang melanda negara.

Situasi itu juga menyebabkan seluruh barisan kabinet kerajaan terbatal sehingga Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri baharu dan membentuk kerajaan ketika ini.