80 kes pulih COVID-19, discaj hari ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 80 kes COVID-19 yang pulih dan dibenarkan pulang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 1,321 kes atau 33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

– BHonline