6 Maut dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS Melaka

 

Melaka – Enam orang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, dan lori treler di KM 204 Lebuhraya PLUS arah utara, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.45 malam itu mengorbankan lima penumpang Toyota Estima dan seorang pemandu bas.

Menurut Komander Operasi, PgKB II Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar, seramai 27 anggota bomba dari BBP Ayer Keroh, Alor Gajah, dan Bukit Katil dikerahkan ke lokasi bersama tujuh aset penyelamat.

Beliau memaklumkan Toyota Estima membawa lapan penumpang, dengan lima daripadanya maut. Bas persiaran membawa 27 penumpang dan dua pemandu, di mana seorang pemandu turut meninggal dunia. Lori treler pula dinaiki dua orang penumpang.