Along Cham di tahan disyaki memiliki dadah jenis ganja.

CYBERJAYA  – Polis mengesahkan bahawa Along Cham, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41 tahun ditahan pada Sabtu kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja. Seberat 60.3gram

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, memaklumkan bahawa Along Cham akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting hari ini untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Serbuan yang telah dilakukan pada pukul 3.10petang itu telah menjumpai 2 paket lutsinar bersisi ganja serta hasil ujian saringan air kencing selebriti itu adalah positif

Selebriti itu tiada rekod lampau sebelum ini. Jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun penjara serta sebatan tidak kurang 10 sebatan.