Wanita potong alat sulit teman lelaki guna gunting dapur kerana cemburu

GARA-gara rasa cemburu, seorang teman wanita tergamak memotong alat sulit kekasihnya yang sedang tidur setelah mengetahui lelaki itu curang.

Mangsa yang dikenali sebagai Huang, 52, tersedar dari tidur kerana mengalami kesakitan di bahagian alat sulit.

Kejadian berlaku di daerah Xihu di Changhua Taiwan, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan media tempatan, bapa tiga anak itu terkejut melihat alat sulitnya berlumuran darah dan mendapati 20 peratus kulit pada alat sulitnya telah terkoyak.

Teman wanitanya, Phung, 40, didakwa memotong kemaluannya berhampiran pangkal dengan gunting dapur lalu membuangnya di dalam tandas, lapor Taipei Times.

Bagaimanapun, Phung telah menyerah diri ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut sementara pasukan perubatan membawa Huang ke hospital.

Doktor merawat mangsa memberitahu, hujung alat sulit itu telah dipotong sebanyak 1.5 sentimeter namun ia masih boleh diselamatkan.

“Keadaan mangsa stabil dan alat sulitnya boleh pulih seperti sedia kala,” katanya.

Pasangan itu dilaporkan baharu bercinta selama 10 bulan dan berpindah di Changhua, di sini.

Sumber: Sinar Harian