Wanita lebih sanggup hamilkan anak bekas kekasih sebab suami tak ‘handsome’

Gambar hiasan. Business photo created by wirestock - www.freepik.com

SEORANG wanita bergelar isteri sanggup hamil anak bekas kekasihnya dengan sengaja kerana bimbang zuriat bersama suami sendiri tidak sekacak bekas kekasihnya.

Kisah tersebut membuatkan masyarakat sekitar Afrika gempar dan runsing dengan tindakan wanita terbabit, lapor Kosmo.

Dia dikatakan megambil keputusan untuk berkahwin dengan suaminya kerana lelaki itu mempunyai sifat penyayang dan ringan tulang.

Bagaimanapun, wanita itu mendedahkan dia tidak tertarik dengan wajah suaminya yang kurang tampan.

Dia menjelaskan perkara itu melalui satu siaran di stesen radio Accra.

Wanita itu sanggup mengambil pil perancang kehamilan setiap kali melakukan hubungan itim bersama suaminya bagi mengelakkan dirinya hamil anak yang tidak comel.

Suaminya juga rungsing selepas doktor memaklumkan bahawa kedua-dua suami isteri sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil apabila melakukan pemeriksaan di sebuah klinik kesuburan.

Wanita itu kemudian menghubungi bekas teman lelakinya yang tampan dan menjalin hubungan intim dengan lelaki itu.

Rancangan itu berhasil apabila wanita itu melahirkan tiga orang bayi yang comel dan kini sedang hamil anak keempat hasil hubungan sulit bersama bekas teman lelakinya.

Masalah mula timbul apabila mereka sekeluarga perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA} apabila suaminya memenangi visa ke Amerika Syarikat

Sumber: Kosmo