Wanita ini saman doktor pakar gara-gara tersalah bedah tulang belakang

SEORANG pakar bedah di South Carolina, Amerika Syarikat berdepan tindakan mahkamah selepas dilaporkan membuat pembedahan pada bahagian salah, seorang wanita Januari lepas.

Natalie Avilez mendakwa pakar bedah telah lakukan pembedahan pada bahagian salah di tulang belakangnya itu, lapor stesen televisyen WLTX.

Avilez berkata, pakar bedah tersebut telah mengaku membuat kesilapan itu selepas menemuinya di bilik pemulihan.

Katanya kepada berita Newsweek, “pakar bedah tersebut telah mengakui kesilapan dan memohon maaf membedah pada bahagian yang salah. Dia cuba untuk mendaftar saya semula untuk menjalani satu lagi pembedahan namun jururawat tidak membenarkan dia berbuat demikian kerana saya belum sedar sepenuhnya”.

Sebelum ini Avilez mengalami kesakitan pada bahagian belakang sebelum dinasihati jalani pembedahan.

Namun menurut laporan kesihatan yang diperolehi WLTX, Avilez mengalami kesakitan pada bahagian kanan tulang belakang namun pembedahan dilakukan pada bahagian kiri.

Sehari selepas pembedahan pertama, Avilez menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan kesilapan berkenaan. Namun, ia menjadi sakitnya menjadi semakin buruk.

“Saya sentiasa berada dalam kesakitan. Saya rasa lebih baik jika saya tidak lakukan pembedahan langsung,” ujarnya lagi.

Avilez telah menfailkan tuntutan mahkamah terhadap pakar bedah berkenaan. Walau bagaimanapun, ketika ini di Amerika Syarikat, semua doktor terlindung daripada apa-apa tindakan mahkamah berikutan Akta Kesediaan Kecemasan dan Kesiapsiagaan Awam yang diluluskan kerajaan pada Mac 2020 sebagai salah satu langkah dalam era pandemik COVID-19, lapor Newsweek.

Akta ini melindungi para doktor atau syarikat perubatan yang mengeluarkan, mengedarkan atau menggunakan ubatan atau alat perubatan untuk merawat pesakit COVID-19 atau memerangi pandemik COVID-19. Sehubungan itu, peguam Avilez mempertikaikan penggunaan akta tersebut dalam kes ini kerana ia tidak melibatkan virus COVID-19.

Sumber: Awani