Wanita cacat wajah kerana diserang anjing terharu teman lelaki setia hidup bersama

SEORANG pelajar di Texas, Amerika Syarikat yang mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat diserang oleh anjing merasa gembira kerana teman lelakinya tetap setia kepadanya biarpun dirinya tidak secantik dahulu.

Jacqueline Durand, pada mulanya bimbang kecederaan yang dialami akan menyebabkan hubungannya dengan teman lelakinya, Nathan, 24, putus di tengah jalan, lapor Kosmo.

Kejadian hitam itu berlaku dua hari sebelum Krismas tahun lalu.

“Saya rasa serangan itu telah mendekatkan hubungan kami. Saya ragu-ragu juka dia mahu tetap bersama saya atau tidak.

“Saya bertanya kepadanya, adakah dia masih mahu setia di sisi saya? (wajah) Saya telah berubah selama-lamanya dan dia berkata bahawa dia mahu meneruskan hubungan kami,” kata Jacqueline kepada wartawan CBS News dalam satu penstrim langsung di Instagram.

Kejadian menyayat hati itu berlaku apabila Jacqueline, 22, menerima upah untuk menjaga dua ekor anjing sebelum dia diserang dan digigit haiwan itu sebanyak 800 kali.

Sementara itu, Nathan pernah dijaga oleh Jacqueline ketika dia disahkan menghidap kanser dan menjalani rawatan sebelum pulih. 

“Saya bersyukur kerana mendapat peluang yang sama untuk menunjukkan kasih sayang dan menjaganya sama seperti apa yang dilakukannya dahulu,’’ kata Nathan.

Sumber: Kosmo