Wabak Wuhan mungkin berasal dari ular berbisa yang selalunya menjadi hidangan eksotik di China

Menerusi laporan CNN tabiat memakan daging ular mungkin menjadi punca penyebaran wabak koronavirus yang membunuh 17 orang selain 540 lagi kes jangkitan turut disahkan di China kini.

Koronavirus yang juga penularan virus berkaitan pernafasan mula dikesan di negara itu sejak Disember lalu.

Ular berbisa spesis many-banded krait atau nama saintifiknya Bungarus multicinctus, merupakan spesies ular elapid berbisa yang sering ditemui di selatan China dan Asia Tenggara.

Selain itu ular jenis ini juga turut menjadi hidangan eksotik dan banyak dijual di kawasan pasar tempatan Wuhan yang juga lokasi pertama wabak ini dikesan.

Sementara itu bagi mengelakkan kejadian lebih buruk pihak kerajaan China turut menutup perkhidmatan pengangkutan awam di Wuhan selain turut mengarahkan penduduk di daerah itu seramai 11 Juta orang tidak meninggalkan rumah dalam memastikan wabak ini tidak menular ke selurub dunia.