UAE umum benarkan minum arak, pasangan boleh tinggal bersama tanpa nikah

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terkenal dengan undang-undang Islam yang ketat mengumumkan rombakan besar-besaran terhadap sistem undang-undang syariah Islam negara itu.

Menerusi undang-undang terbaharu, UAE membenarkan pengambilan arak, manakala pasangan yang belum berkahwin dibenarkan untuk tinggal bersama.

Rombakan undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan status ekonomidan sosial negara serta dalam usaha untuk menarik pelancong dan ahli perniagaan datang ke negara berkenaan.

Menerusi laporan Daily Mail, langkah ini diambil setelah UAE menjalinkan hubungan dengan Israel yang dilihat sebagai langkah untuk membawa masuk pelancong dan pelaburan dari Israel.

Undang-undang tersebut akan meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial negara dan menggabungkan prinsip toleransi UAE, lapor agensi berita WAM.

Terdahulu, pengambilan arak hanya dibenarkan buat orang asing yang mempunyai lesen khas. Namun menerusi undang-undang baru ini rakyat UAE juga boleh membeli dan minum arak.

Undang-undang baru itu juga turut membenarkan minum secara persendirian atau di tempat awam, namun dengan syarat mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Sebelum ini pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama dianggap satu jenayah, namun kini penduduk tempatan dan warga asing yang belum berkahwin boleh tinggal bersama.

Dalam pada itu, bunuh diri atau percubaan bunuh diri tidak akan dianggap sebagai satu jenayah di UAE.

Malah, undang-undang penceraian dan warisan telah dirombak.

Sumber: Daily Mail

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...