Hairan bin ajaib! Tidur bersama selama seminggu selepas bunuh isteri dan anak

BEKAS ejen hartanah dijatuhi hukuman mati selepas membunuh isterinya yang hamil dan anak sebelum tidur bersama mereka selama seminggu di rumah mereka di Woodlands, Singapura tiga tahun lalu.

Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman itu ke atas Teo Ghim Heng, 45, pada Khamis lalu.

Teo didakwa mencekik Choong Pei Shan, 39, yang mengandung enam bulan dengan tuala selepas mereka bergaduh mengenai masalah kewangan pada 2017.

Selepas membunuh wanita itu, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas anak perempuan, Zi Ning, 4, dan berhasrat untuk ‘bersatu’ dengan mereka, lapor Channel News Asia.

Teo didakwa meletakkan isteri dan anaknya di atas katil serta tidur bersama mereka selama tujuh hari, malah lelaki itu beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi gagal kerana takut.

Mayat dua beranak itu ditemui selepas adik ipar Teo datang ke rumah mereka pada hari pertama Tahun Baru Cina dan terhidu bau busuk.

Dia ke sana selepas kakaknya tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej serta tidak berkunjung ke rumah keluarga pada malam perayaan.

Teo berhadapan masalah kewangan selepas kehilangan kerja sebagai ejen hartanah yang sebelum itu memperoleh $20,000 (RM61,159.42) sebulan, selain bergelut dengan hutang judi, kad kredit dan gagal membayar yuran sekolah anak.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...