Tidak pernah akil baligh dan berwajah kanak-kanak, netizen terkejut lelaki Korea Selatan ini sebenarnya berumur 32 tahun!

TIDAK pernah akil baligh dan berwajah kanak-kanak, netizen terkejut lelaki Korea Selatan ini sebenarnya berumur 32 tahun!

PARA gadis semestinya lebih cenderung memilih calon suami yang mempunyai ketinggian 180cm ke atas bagi menunjukkan sisi kematangan gentleman seseorang lelaki terutamanya di negara Korea Selatan.

Namun tidak semua jejaka Korea berjaya mencapai ketinggian tersebut dan uniknya ada antara mereka juga belum berjaya mencapai akil baligh walaupun sudah lewat 30an.Untuk pengetahuan anda ia adalah sejenis penyakit yang digelar sebagai ‘Highlander Syndrome’.

Percaya atau tidak, situasi tidak mencapai akil baligh ini benar-benar berlaku pada seorang jejaka Korea Selatan bernama Shin Hyo Myung atau digelar sebagai Peter Pan of Korea

Jika dilihat dari segi tubuh badan, rupa paras, suara dan ketinggian Shin, sememangnya saling tidak tumpah seperti kanak-kanak yang baru sahaja berusia 12 tahun biarpun umur sebenarnya ialah 32 tahun!

Shin menunjukkan kad pengenalannya.

Uniknya, pada kad pengenalan milik beliau jelas membuktikan bahawa Shin telah dilahirkan pada tahun 1989 namun beliau masih tidak memiliki kematangan seorang lelaki normal.

Suaranya juga tidak bernada besar dan paling membingungkan, penyakit yang dia hadapi ini masih berjaya mengekalkan baby face, tidak bermisai serta tidak berjerawat persis kecomelan seorang kanak-kanak bawah umur.

Memetik laporan Koreaboo, Shin dahulunya dikatakan seperti kanak-kanak yang normal. Difahamkan, tumbesaran beliau mula terhenti dan tidak mencapai akil baligh sebaik sahaja melangkah masuk ke alam remaja.

Beliau kini hanya berjaya mencapai ketinggian pada 163cm.

Shin juga minum minuman keras seperti lelaki dewasa biasa.

Walaupun proses akil baligh beliau terencat, namun ia bukan penghalang bagi Shin untuk tidak menjalani kehidupan sebagai jejaka Korea yang normal seperti menari di kelab malam dan minum minuman keras.

Terdahulu, Shin pernah ditemu ramah dalam sebuah rancangan TV tempatan. Paling mengujakan, beliau dipaksa digayakan makeover oleh kru produksi untuk menampakkan sisi kematangan pada Shin.

Namun, sayangnya makeover tersebut tidak berhasil untuk menunjukkan sisi kematangan Shin.

Selepas makeover, Shin kemudiannya dibawa ke sebuah temu janji bersama wanita tempatan di sebuah restoran.

Dalam janji temu tersebut wanita berkenaan memberikan reaksi dengan mencubit pipi tembam Shin dan seolah-olah tidak percaya bahawa Shin sudah pun berumur 32 tahun.

Shin turut mendedahkan dia lebih meminati wanita yang mempunyai rupa paras persis pelakon Hollywood juga Black Widow dalam filem Marvel iaitu Scarlett Johanson.

Bukti jelas menunjukkan sebaik sahaja pihak produksi rancangan tersebut berjaya mengesan poster pelakon jelita berkenaan ditampal dalam bilik tidur Shin.

“Kesihatan tubuh badan yang saya miliki ketika ini sudah memadai biarpun saya tidak mencapai kematangan.

“Asalkan rupa paras saya masih comel dengan pipi yang tembam dan kulit wajah yang berseri,” kata Shin dalam program tersebut.