Takut tunang hamil kerana lupa bawa alat pencegah kehamilan, lelaki maut selepas letak gam kuat di hujung kemaluan

SEORANG lelaki maut selepas ‘menutup’ bahagian hujung kemaluannya menggunakan gam kuat,

Lelaki yang bernama Salman itu dikatakan menempah sebuah bilik hotel bersama tunangnya, lapor Kosmo.

Dia bagaimanapun terlupa membawa alat pencegah kehamilan sebelum mereka melakukan hubungan intim

Pasangan dari Fatehwadi, Ahmedabad itu kemudian menggunakan gam kuat untuk menutup alat sulit Salman kerana khuatir tunangnya akan hamil.

Dia yang beru berusia 25 tahun bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel tersebut oleh rakannya sendiri, Firoz Shaikh.

Lelaki malang itu dibawa ke hospital Awam Sola di mana keadaan kesihatannya merosot sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Hasil siasatan forensik, Salman didapati meninggal dunia akibat kaedah pencegahan kehamilan yang dibuatnya.

Rakan Salman percaya bahawa lelaki itu mungkin berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan tidak menyedari tindakannya itu boleh membawa padah. 

“Mereka (Salman dan pasangannya) menghidu gam tersebut yang dicampur bersama dadah sebelum menggunakan gam itu pada alat sulitnya bagi mencegah kehamilan.

“Ia bagaimanapun merosakkan organ lelaki itu dan mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ lain,” kata seorang penyiasat.

Sumber: Kosmo