Tagune punya suami! Tergamak paksa bini buat personal loan untuk nikah wanita lain

SUAMI tak guna! Seorang lelaki di Jeddah, Arab Saudi tergamak meminta isterinya membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk menikahi wanita lain, lapor Harian Metro.

Memberikan alasan terdesak melunaskan hutang, perancangan itu bagaimanapun diketahui wanita terbabit yang dimaklumkan saudara terdekat.

Memetik laporan asal portal Gulf News, wanita itu diminta suaminya membuat pinjaman berjumlah 120,000 riyal (kira-kira RM130,000), kononnya untuk menjelaskan hutang.

Dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan suaminya yang pada awalnya menafikan perkara itu.

Lelaki itu mendakwa bahawa dia diancam akan diberhentikan kerja, menyebabkan isterinya membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang.

Selepas beberapa minggu, isterinya mendapat tahu perkara itu dan memintanya berterus terang, namun dinafikan.

Akhirnya dia mengaku akan bernikah dengan wanita lain, dalam masa terdekat.

Selepas enggan mengembalikan wang itu, isterinya memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: Harian Metro

Most Popular