Susu ibu boleh jadi penawar Covid-19?

MASIH terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun susu ibu dipercayai dapat mencegah atau merawat Covid-19, menurut kajian terbaharu oleh saintis China.

Pasukan penyelidik di Beijing, China dilaporkan menguji kesan susu ibu pada sel yang terdedah kepada virus Sars-CoV-2.

Portal South China Morning Post melaporkan, susu itu dikumpulkan pada 2017 sebelum bermulanya pandemik dan jenis sel yang diuji bervariasi dari sel ginjal haiwan hingga sel paru-paru dan usus manusia muda.

Hasilnya, kebanyakan strain virus hidup dibunuh oleh susu berkenaan.

“Susu ibu menyekat virus, kemasukan dan replikasi virus awal,” kata pasukan yang diketuai oleh Profesor Tong Yigang dari Universiti Teknologi Kimia Beijing yang menulis kajian disiarkan di biorxiv.org.

Penyusuan susu ibu sebelum ini dilihat meningkatkan risiko penularan virus.

Gambar hiasan. Foto kredit: AFP

Di Wuhan, lokasi virus pertama kali dikesan, bayi yang baru lahir dipisahkan daripada ibu yang positif dan diberi makan secara eksklusif berdasarkan formula, menurut laporan media China dari Februari.

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat juga mengingatkan bayi yang disusui ibu yang disyaki atau disahkan membawa Covid-19 juga harus dilihat sebagai pembawa ‘suspek’.

Tetapi kajian terbaru menyokong kenyataan rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ibu harus terus menyusui walaupun mereka dijangkiti Covid-19.

Badan kesihatan global itu mengesan 46 pesakit Covid-19 menyusukan anak mereka di beberapa negara hingga bulan Jun.

Gen virus dikesan dalam susu ibu tetapi tiada bukti jangkitan berlaku.

Hanya seorang anak yang diuji positif dan penularan melalui cara lain.

Tong Yigang dan rakan mencampurkan beberapa sel yang sihat dalam susu ibu, kemudian mencuci dan mendedahkannya kepada sel virus.

Mereka mendapati hampir tiada ikatan virus masuk ke sel ini dan rawatan juga menghentikan replikasi virus pada sel yang sudah dijangkiti.

Mereka menyimpulkan jangkitan itu dapat dimusnahkan oleh susu ibu, yang sudah diketahui memiliki efek penekan pada bakteria dan virus seperti HIV. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...

Doktor didakwa ‘copek’ organ mangsa kemalangan maut, jual dalam pasaran gelap

ENAM orang individu dilaporkan telah dipenjara di China selepas didapati ‘memburu’ keluarga mangsa kemalangan dan menipu mereka untuk mendermakan organ ahli keluarga...

“Tenang is good” – Janda hadir perkahwinan baharu ‘ex-shuben’ selepas sebulan diceraikan

SEORANG wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut, lapor Kosmo!