Suka carut pemandu lain semasa memandu? Jaga-jaga boleh kena denda sehingga RM6,000!

Business photo created by fanjianhua - www.freepik.com

SUKA maki hamun ketika memandu? Jaga-jaga kerana pemandu kenderaan di Britain kini boleh didenda sehingga £1,000 (RM5,737) jika didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu lain ketika memandu, lapor Kosmo.

Dengan pengenalan undang-undang permotoran yang menjadi lebih ketat di Britain, syarikat pembekal nombor plat di Leeds, Number1Plates menggesa pemandu kenderaan untuk bersikap lebih tenang ketika memandu. 

Jika ditangkap mencaci pemandu lain secara lisan atau isyarat tangan, pemandu kenderaan boleh dikenakan denda hingga 75 peratus dari gaji mingguan mereka di bawah Akta Jenayah dan Gangguan 1998, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pemandu juga boleh didenda kerana tidak dapat mengawal kenderaan sepenuhnya jika mereka melepaskan tangan dari stereng.

Kesalahan ini turut termasuk menunjukkan isyarat tangan kasar atau bertindak agresif.

Jurucakap Number1Plates, Aldan Ibbetson, walaupun situasi di jalan raya boleh menimbulkan tekanan namun kegagalan mengawal emosi boleh mengakibatkan kerugian kepada pemandu itu sendiri.

“Pemandu kenderaan dinasihatkan untuk kekal bertenang dan mengawal kemarahan mereka terutama jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Tangan anda perlu kekal berada di stereng kereta dan mata harus sentiasa fokus pada pemanduan di jalan raya,” katanya.

Sumber: Kosmo