Sudahlah dicabul, kena bayar pula bil mahal cecah RM12k. Malangnya nasib wanita terpinga-pinga ditipu hidup-hidup ketika ‘blind date’

BUKAN cinta, tetapi bahana yang dapat. Itu nasib malang menimpa wanita di Ningbo, wilayah Zhejing, timur China yang bukan saja dicabul, tetapi terpaksa membayar bil restoran yang mahal, lapor Harian Metro.

Memetik laporan asal portal Global Times, episod malang wanita itu bermula selepas pasangan yang baru dikenalinya meninggalkan janji temu mereka di separuh jalan.

Menurut Yang, dia mengenali lelaki itu, Lin menerusi platform dalam talian.

“Lin seorang kaya raya, namun sebenarnya cuma bekerja di kedai kereta terpakai.

“Kami bersetuju mengadakan temu janji kali pertama di sebuah restoran,” katanya dalam Global Times.

Katanya, dia memesan hidangan makan mereka bernilai 6,832 yuan (RM4,237) dan sebotol arak bernilai 12,000 yuan (RM7,442)

“Ketika berada di restoran, Lin tiba-tiba mengadu sakit perut dan meminta diri ke tandas.

“Namun, sebelum itu dia sempat mencabul saya,” katanya.

Yang berkata, selepas menunggu beberapa jam dia mula curiga apabila Lin tidak muncul.

“Saya menunggu lebih satu jam, namun dia tidak muncul.

“Akibat kecewa, saya memulangkan kembali arak yang belum dibuka dan terpaksa menjelaskan bil bernilai 20,000 yuan (RM12,403),” katanya.

Sumber: Harian Metro