Home Berita Luar Negara “Suamiku ayah BFFku …”

“Suamiku ayah BFFku …”

SEORANG wanita memilih untuk berkahwin dengan bapa sahabat karibnya selepas sembilan tahun menerima kritikan orang ramai mengenai hubungan cinta tersebut disebabkan jurang usia 23 tahun antara mereka, lapor Kosmo!

Memetik laporan asal portal Mirror UK, Becki Price, 41, berkata, dia berkenalan dengan suaminya, Blue Price, 64, melalui sahabat karibnya, Catherine Lott, 14 tahun yang lalu.

Hubungan cinta pandang pertama mereka pada mulanya mendapat tentangan ba­nyak pihak termasuk Catherine sendiri tetapi Becki memilih untuk tidak mempedulikannya.

“Saya kehilangan ramai kawan kerana mereka berasakan hubungan kami pelik tetapi jarak umur bukan satu halangan buat saya,” katanya.

Menurut Becki, mereka memilih untuk berkahwin selepas kematian ayah Becki sebulan sebelumnya bagi membuktikan hubungan mereka adalah serius.

“Ayah ialah orang yang paling mahukan kami berkahwin. Dia memberitahu kehidupan ini singkat jadi pilih untuk bergembira dan berkahwin,” ujarnya.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 itu kini tinggal di Bream, Gloucestershire bersama empat anak Becki yang masing-masing berusia 15, 19, 22 dan 24.

Blue turut berkongsi perasaan sama dengan isterinya dan memberitahu hubungan dengan Becki adalah yang paling lama pernah dimilikinya.

Sumber: Kosmo!

Exit mobile version