Home Berita Luar Negara Suami tergamak ‘serah’ isteri kepada rakan demi penuhi ‘fantasi liar’

Suami tergamak ‘serah’ isteri kepada rakan demi penuhi ‘fantasi liar’

SEORANG lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah cuba merogol isteri rakannya.

Defendan berusia 47 tahun itu dikatakan melakukan percubaan merogol itu bagi memenuhi  fantasi songsang suami mangsa untuk melihat isterinya bersama lelaki lain, lapor Kosmo.

Mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan diri dan membuat laporan polis kerana pada waktu kejadian, tertuduh dikatakan mengalami masalah disfungsi.

Kejadian ini merupakan antara beberapa kes serupa yang dikesan di negara Seberang Tambak itu.

Menurut dokumen mahkamah, beberapa suami yang ditahan berkata,  tindakan tersebut dilakukan kerana berfantasi melihat orang lain melakukan hubungan seks dengan isteri mereka.

Untuk rekod, kes terbaharu ini menjadikan terdapat empat lelaki didakwa kerana kesalahan serupa  antara 2010 hingga 2022.

Sumber: Kosmo