Sempat bersetubuh dua kali sebelum bunuh skandal yang juga isteri orang, inilah wajah suspek yang disumpah seranah netizen

MANUSIA berhati syaitan. Gara-gara enggan bertanggungjawab apabila skandalnya yang juga isteri orang tiba-tiba hamil, seorang lelaki di Mayang Mangurai, Kalimantan Timur, Indonesia tergamak membunuh kekasih gelapnya sebelum mencampakkan mayat wanita itu ke dalam sangkar buaya, lapor portal Indozone.

Lebih mencetuskan kemarahan netizen Indonesia, suspek, Ricky Ashary, juga sempat bersetubuh sebanyak dua kali di dalam kereta sebelum membunuh mangsa, Fransisca Wahyu Retno Panuntun, 23, iaitu seorang ibu muda yang telah bersuami serta mempunyai seorang anak yang berusia sembilan bulan.

Sebelum kejadian, Fransisca difahamkan telah berbohong kepada suaminya kononnya mahu keluar bekerja, sedangkan dia sebenarnya bersiar-siar bersama suspek termasuk berkaraoke sebelum membuat hubungan seks di dalam kereta.

Ketika ditemui di dalam sangkar buaya pada Rabu minggu lepas, mayat mangsa dalam keadaan mulut dan tangannya diikat serta separuh bogel dipercayai mati dibunuh. Suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kelmarin.

MAYAT Fransisca ditemui dalam keadaan separuh bogel di sebuah sangkar buaya di Mayang Mangurai, Kalimantan Timur, Indonesia.

Siasatan awal polis mendapati, Fransisca bekerja di sebuah kafe di mana dia dan suaminya merantau dari Jawa ke Kalimantan untuk mencari pekerjaan. Pasangan itu juga mempunyai seorang bayi berusia sembilan bulan.

Menurut keterangan suaminya, Fransisca keluar dari rumah kira-kira pukul 10 malam sebelum kejadian, dan sejak dari itu isterinya tidak pulang ke rumah sebelum akhirnya ditemui mati di dalam sangkar buaya pada keesokan hari.

Kelmarin, suspek yang disyaki membunuh mangsa berjaya ditahan di asrama kakaknya. Jurucakap Polis Kalimantan Tengah, Teguh Triyono berkata, suspek dipercayai merupakan pasangan curang mangsa yang bernama Ricky Ashary.

INILAH wajah suspek, Ricky Ashary yang disumpah seranah netizen Indonesia.

Ketika disoal siasat, Ricky mengakui dia telah membunuh Fransisca yang telah hamil dan memintanya untuk bertanggungjawab.

Ricky enggan berbuat demikian lalu membunuh mangsa dengan menjerut lehernya menggunakan tali sehingga mati. Mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sangkar buaya dan Ricky terus menghilangkan diri sebelum akhirnya dicekup kelmarin.

Sebelum pembunuhan itu berlaku, Ricky dan Fransisca sempat melakukan hubungan intim sebanyak dua kali dalam kereta selepas keluar dating bersama termasuk berkaraoke.

KERETA yang digunakan suspek untuk membuat hubungan seks sebelum membunuh mangsa. – Gambar kredit: Nomorsatu Kaltim

“Sebelum berlaku pembunuhan, mereka membeli minuman dan melakukan hubungan seks dalam kereta. Setelah itu, mereka bersiar-siar dan suspek membeli tali dari sebuah kedai untuk membunuh mangsa,” kata Teguh Triyono.

Teguh Triyono berkata, polis turut merampas beberapa bahan bukti seperti telefon bimbit mangsa dan suspek untuk siasatan lanjut.

Sumber: Indozone

Most Popular