Home Berita Luar Negara Rumah RM 33 Juta Cara Delevingne Musnah Terbakar, Lega Dua Ekor Kucing...

Rumah RM 33 Juta Cara Delevingne Musnah Terbakar, Lega Dua Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan

Banglo mewah milik pelakon Cara Delevingne di Los Angeles habis musnah dalam kebakaran pada Jumaat.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik di kawasan belakang rumahnya sebelum merebak sehingga menyebabkan rumah bernilai RM 33 juta itu hangis terbakar.

Memetik laporan People, sebanyak 13 trak bomba dan 94 pasukan berusaha memadamkan kebakaran yang mengambil masa lebih 2 jam.

Cara yang berada di London ketika kejadian meluahkan rasa syukurnya apabila dua ekor kucingnya berjaya diselamatkan pihak bomba.

“Hati saya hancur. Saya tidak percaya hidup boleh berubah dalam sekelip mata. Hargailah apa yang anda miliki,” luahnya di IG story.

 

Exit mobile version