Home Berita Luar Negara Remaja bakar rumah keluarga sendiri gara-gara tak dapat motosikal baru

Remaja bakar rumah keluarga sendiri gara-gara tak dapat motosikal baru

DEK kerana hajat memiliki motosikal tidak ditunaikan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membakar rumah ibu bapanya.

Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Kabupaten Kulonprogo, Yogyakarta, Indonesia

Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dan isterinya baru sahaja pulang ke rumah dan mendapati pintu rumahnya yang dibina daripada kayu dalam keadaan terbakar.

Bagaimanapun nasib menyebelahi mangsa kerana api tersebut hanya membakar pintu dan tidak merebak ke seluruh rumahnya.

Menurut laporan inews.id, mangsa mendakwa pelaku tersebut adalah anak kandungnya sendiri di mana remaja lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengannya kerana tidak membelikan motosikal seperti yang dihajati.

Ia kerana masalah ekonomi tambahan lagi mangsa hanya bekerja sebagai seorang petani.

Selain itu, pihak polis turut menemukan tiga butir pil terlarang yang didakwa milik suspek.

Disebabkan itu, suspek terpaksa menjalani urine test namun hasilnya adalah negatif.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan suspek yang akhirnya mengakui bertindak sedemikian.

Ibu bapa suspek turut diarahkan memberi keterangan mengenai hal tersebut.

Sumber: inews.id

Exit mobile version