Home Berita Luar Negara Pulangkan semula budak dalam kereta yang dicuri, pencuri sempat ‘sekolahkan’ ibu mangsa...

Pulangkan semula budak dalam kereta yang dicuri, pencuri sempat ‘sekolahkan’ ibu mangsa – “Jangan sampai aku report polis ye makcik…”

MASIH bertimbang rasa. Seorang pencuri kereta di Oregon, Washington, Amerika Syarikar menunjukkan dia masih seorang bertimbang rasa apabila sanggup berpatah balik dan ‘memulangkan’ budak lelaki kepada ibunya sebaik mencuri kenderaan milik wanita itu, lapor Harian Metro.

Malah lelaki berkenaan turut memarahi wanita terbabit kerana meninggalkan anak lelaki yang berusia empat tahun sendirian di dalam kereta Honda Pilot dengan enjin masih hidup dan pintu tidak berkunci.

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah premis barangan runcit di Portland, pinggir bandar Beaverton, Sabtu lalu ketika wanita berkenaan keluar dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaaan untuk membeli susu dan daging, menurut laporan media tempatan.

Jurucakap polis Beaverton, Matt Henderson berkata, suspek berniat mencuri kenderaan itu dan mahu melarikannya, namun dia terkejut apabila mendapati pintu tidak berkunci selain terdapat kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang.

“Dia kemudian berpatah balik ketika masih dalam kawasan tempat letak kenderaan dan ‘bersyarah’ kepada wanita itu kerana meninggalkan anaknya.

“Malah suspek mengugut mahu melaporkan tindakan wanita itu (meninggalkan anak) kepada polis,” katanya yang dipetik New York Post.

Menurutnya, dalam keadaan terkejut, wanita itu mengambil anaknya dan lelaki terbabit segera melarikan diri dengan kenderaan jenis utiliti sukan berkenaan.

“Jelas sekali kami bersyukur suspek mengembalikan si kecil (mangsa) dan sopan melakukannya,” kata Henderson.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version