Jakarta: Polis Indonesia merampas wang tunai bernilai 2.5 bilion rupiah (RM691,000) daripada 18 pegawai yang didakwa memeras ugut warga Malaysia semasa festival muzik Djakarta Warehouse Project (DWP).
Mereka dituduh memaksa peserta menjalani ujian dadah dan mengugut dengan tuduhan jenayah walaupun keputusan ujian negatif.
Kes ini disiasat oleh Bahagian Profesionalisme dan Keselamatan Nasional Polis, dengan tribunal etika dijadualkan minggu depan. Jika bersalah, pegawai terbabit boleh dipecat dan berdepan siasatan jenayah.
Menteri Pelancongan, Widiyanti Putri Wardhana, menyatakan kekesalan terhadap insiden yang mencemarkan usaha Indonesia untuk menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia dan menggesa tindakan tegas diambil.
Edisi 2024 kali ini menampilkan beberapa artis ternama seperti Armin Van Buuren ,Anyma,Timmy Trumpet, Zedd dan Steve Aoki, dengan kehadiran lebih 10,000 peserta dari 52 negara.
Kes pemerasan itu mencetuskan kemarahan dan kecaman daripada komuniti perniagaan dan hiburan Indonesia dengan kebimbangan mengenai kesannya terhadap reputasi negara sebagai destinasi pelancongan.
Menteri Pelancongan, Widiyanti Putri Wardhana, pada Isnin mengeluarkan permohonan maaf umum, menyatakan kekesalan terhadap insiden itu dan menggambarkannya sebagai satu tamparan kepada usaha Indonesia untuk menjadi sebagai hab pelancongan bertaraf dunia.
Beliau turut menggesa Polis Nasional untuk mengambil tindakan tegas bagi mencegah kejadian seumpama itu di masa hadapan.