Home Berita Luar Negara Pemuda mabuk tergamak rogol, ragut nyawa nenek 74 tahun

Pemuda mabuk tergamak rogol, ragut nyawa nenek 74 tahun

SEORANG lelaki berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana merogol dan membunuh seorang nenek berusia 74 tahun.

Suspek yang berasal dari daerah Samosir dalam wilayah Sumatera Utara yang melakukan jenayah tersebut di rumah mangsa ketika dalam keadaan mabuk, lapor Kosmo.

Dia hanya dikenali sebagai ARH dan berusia 35 tahun.

Suspek dikatakan telah pergi ke rumah mangsa selepas meminum arak dalam kejadian pada 29 September lalu.

Menurut pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir, mangsa yang sedang tidur membuka pintu rumahnya dan menyuruh suspek tidur di rumahnya sementara dia kembali tidur di dalam biliknya.

Kira-kira pukul 1 pagi, suspek yang juga merupakan rakan kepada salah seorang ahli keluarga mangsa telah memecah masuk ke dalam biliknya dengan memanjat dinding dan cuba memperkosa mangsa.

Dia yang cuba melawan kemudiannya dicekik oleh suspek sehingga meninggal dunia.

Ahli keluarga yang berasa curiga kerana mangsa tidak keluar dari rumah kemudiannya membuka pintu bilik mangsa sebelum menemui mayatnya.

“Suspek ditangkap ketika ingin melarikan diri beberapa jam selepas kejadian,” kata pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun atas kesalahan membunuh jika didapati bersalah.

Sumber: Kosmo