SEORANG lelaki nekad mencuri seluar dalam seorang janda apabila cintanya terhadap wanita itu dikatakan tidak berbalas.
Lebih teruk, dia didakwa telah menulis perkataan tidak senonoh di atas seluar dalam berkenaan, lapor Kosmo.
Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Kubangjaya dalam wilayah Jawa Barat Jumaat lalu.
Lelaki tersebut dikatakan bertindak demikian kerana patah hati kerana cintanya bertepuk sebelah tangan.
Menurut seorang pemimpin setempat bernama Sukandar, lelaki itu mencuri seluar dalam wanita berkenaan yang sedang dijemur di hadapan rumah mangsa.
“Dia mungkin berasa sedih kerana wanita itu tidak menyukainya, lantas nekad mencuri dan menulis perkataan-perkataan tidak senonoh pada seluar dalam yang dicuri itu.
“Wanita itu kemudiannya menjerit dengan menyebut perkataan ‘pencuri’.
“Lelaki itu juga hampir dipukul oleh penduduk setempat,” kata Sukandar.
Suspek pada awalnya cuba melarikan diri, namun ditangkap oleh penduduk yang terdengar jeritan wanita berkenaan.
Mereka kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada balai polis berdekatan.
Sumber: Kosmo