Pakai skirt mini, baju bentuk V sampai nampak ‘lurah’ punca ibu dilarang seksi ketika jemput anak

GOLONGAN ibu dan penjaga wanita di sebuah sekolah rendah di Britain diminta tidak memakai skirt mini atau pakaian mencolok mata lain ketika menjemput anak-anak mereka, lapor akhbar The Sun/

Larangan itu dinyatakan menerusi surat pekeliling Sekolah Rendah Seymour di England kepada ibu bapa dengan alasan perbuatan tersebut memberi teladan tidak baik kepada pelajar.

Isu tersebut timbul selepas sebilangan ibu dilihat datang menjemput anak mereka dengan berpakaian jarang terma­suk memakai baju tidur seksi yang dianggap tidak sesuai dengan persekitaran sekolah.

“Memakai pakaian terlalu terdedah ketika berada di kawasan sekolah tidak memberikan teladan yang baik.

“Pihak sekolah menyedari ada peningkatan bilangan ibu bapa memakai baju tidur dan pakaian tak ubah se­perti pakaian dalam. Oleh sebab itu, pihak sekolah mengeluarkan surat meminta ibu bapa supaya berpakaian lebih sopan ketika hadir menjemput anak mereka pulang,” kata ketua bersama persatuan guru sekolah, Carol Collins dan Emma Eardley.

Peraturan baharu itu turut dipersetujui oleh sebahagian ibu bapa yang tidak selesa dengan sikap bersahaja sesetengah penjaga.

“Saya pernah melihat ibu-ibu mengenakan gaun dan selipar malah ada yang memakai skirt mini terlalu singkat.

“Ada juga ibu yang datang menjemput anak mereka memakai baju berbentuk V yang jelas menampakkan ‘lurah’,” kata seorang penjaga. 

Sumber: Kosmo!