“Nak pengawal penjara selamat? Tukar dengan 20 keping piza!”

Pizza photo created by KamranAydinov - www.freepik.com Abstract photo created by freestockcenter - www.freepik.com

DUA orang banduan sebuah penjara di Sweden membuat pengawal di penjara tersebut ‘garu kepala’ apabila meminta 20 keping piza sebagai syarat pertukaran bagi membebaskan pengawal penjara lain yang dijadikan tebusan.

Banduan kes bunuh yang dikenali sebagai isak Dewit dan Haned Abdullahi dikatakan menggunakan pisau cukur sebagai senjata ketika memecah masuk ke dalam bilik pengawal, lapor Kosmo.

Dua pengawal penjara kemudian dijadikan tebusan sebelum kedua-dua banduan berkenaan meminta sebuah helikopter serta 20 keping piza dari sebuah kedai kebab untuk diberikan kepada setiap banduan di blok sel mereka.

Menurut Pemangku Ketua Keselamatan penjara tersebut, Jorgen From Nordin, kedua-dua banduan itu disabitkan dengan jenayah berat.

“Para perunding Perkhidmatan Penjara dan Percubaan Sweden, pasukan petugas serta polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menghentikan situasi tersebut,” jelasnya.

Menerusi laporan ;aman berita Aftonbladet, beberapa buah van hitam yang membawa pasukan komando polis tiba di luar penjara kira-kira pukul 4.30 petang (waktu tempatan).

Selain itu, beberapa keping piza turut dilaporkan telah disediakan di sebuah kedai kebab sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta polis. 

Sumber: Kosmo