Mengamuk cari air, puluhan unta di Australia terpaksa dibunuh

Sehingga 10,000 ekor unta ditembak mati dari helikopter kerana haba yang melampau dan kemarau di Australia Selatan.

Penduduk tempatan telah melaporkan kumpulan besar unta mengamuk melalui bandar-bandar, merosakkan bangunan dan menimbulkan ancaman kepada penduduk.

Pemusnahan lima hari bermula hari Rabu di kawasan Anangu Pitjantjatjara Yankunytjatjara (APY), kawasan minor penduduk Australia Selatan.

Sumber : BBC

“ Memandangkan keadaan kering sekarang, kelompok unta ini mengancam semua komuniti dan infrastuktur APY,” kata pengurus besar, Richard King

Ahli lembaga eksekutif APY, Marita Baker berkata, ” Kami terjebak dalam keadaan panas dan tidak selesa. Semua unta ini pula masuk dan menceroboh pagar, masuk ke dalam rumah dan cuba mendapatkan air melalui penghawa dingin.

” Mereka merayau di jalan-jalan mencari air, kami sangat risau tentang keselamatan anak-anak, mereka fikir ia menyeronokkan untuk mengejar unta tetapi sudah tentu ia sangat berbahaya.”

Keadaan panas dan kering membawa kebakaran belukar yang besar di sekitar Australia sejak beberapa bulan yang lalu.

Unta-unta tersebut tidak berasal dari Australia, mereka dibawa oleh peneroka British dari India, Afghanistan dan Timur Tengah pada abad ke19.

Anggaran bilangan unta berbeza namun dianggarkan ratusan ribu di seluruh bahagian tengah Negara.

Sumber : CBS News, BBC

Most Popular