Menangis mintak maaf – Bapa rogol 2 anak perempuan bakal dipenjara 15 tahun

Penyesalan sememangnya selalu datang lambat ketika rasa menyesal itu sudah tidak bermakna lagi dan tidak mampu mengubah apa-apa. 
 
Seperti penyesalan yang dihadapi oleh seorang bapa ini di Jawa Timur. Dia hanya mampu menyesal dengan perbuatan merogol dua anak perempuan selepas ditangkap oleh polis. 
 
Ketika berada di depan wartawan, tertuduh berusia 51 tahun itu menangis meminta maaf kepada dua anak perempuannya dan masyarakat. 
 
“Saya minta maaf kepada anak anak saya, keluarga dan juga kepada masyarakat,” katanya sambil menangis tersedu sedan. 
 
Namun, rasa menyesalnya itu tidak dapat mengubah keputusan mahkamah yang akan menjatuhkan hukuman terhadapnya. 
 
Disebabkan perbuatan tertuduh, dua mangsa itu masih trauma dan mengalami depresi. 
 
“Saya menyesal dan saya juga minta maaf kepada polis dan terima kasih kepada pihak kebajikan yang menjaga anak saya,” katanya yang memakai baju tahanan berwarna jingga dan diiringi sejumlah anggota polis menuju ke ruang tahanan. 
 
Difahamkan, tertuduh merogol dua anak perempuan, Bunga (kakak) dan Mawar (adik). 
 
Dalam kes itu, tertuduh merogol Mawar yang ketika itu berusia 15 tahun. Yang kemudian melampiaskan nafsu syaitannya itu pada si kakak. 
 
Tertuduh kini berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun dan tempoh hukuman juga mungkin akan ditambah kerana mangsa merupakan anak kandung tertuduh. 
 
Sumber: Kompas

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...