Home Viral “Membawang” tak ingat dunia, dua wanita ini selamba bergosip di tengah jalan!

“Membawang” tak ingat dunia, dua wanita ini selamba bergosip di tengah jalan!

TULAR sebuah video memaparkan dua wanita yang menunggang motosikal tiba-tiba berhenti di tengah jalan raya.

Kedua wanita itu dilihat tanpa segan silu memberhentikan kenderaan mereka di tengah jalan yang boleh dikatakan agak sibuk.

Video berdurasi 20 saat itu dimuat naik di media sosial oleh seorang pengguna menunjukkan sebuah kereta dari arah belakang terpaksa berhenti disebabkan aksi kedua wanita berkenaan.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/trim.2127CBC9-3364-4DF2-A23B-12FDBF37A9B7.mov

Mereka tampak leka “membawang” tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lainnya sebelum dihon oleh kenderaan lain.

Pada awalnya, pemandu kereta itu membiarkan mereka berbual, kemudian selepas menghonkan kenderaannya barulah kedua wanita tersebut beredar membawa diri ke rumah masing-masing.

Gelagat lucu kedua wanita “membawang” tidak kena tempat itu mendapat perhatian warganet yang terhibur.

Dalam pada itu ada juga yang menasihati agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang kerana ia boleh mengundang kepada kemalangan jika pengguna lain tidak perasan keberadaan mereka.

Exit mobile version