MAYAT seorang wanita yang ditemukan mereput di dalam rumahnya di London selama lebih dua tahun berjaya dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
Sheila Seleoane, 61, ditemui di atas sofa ruang tamu rumahnya selepas jiran-jiran lebih 50 kali mengadu mengenai bau aneh seperti daging membusuk dari kediaman tersebut.
Malahan, bunyi lalat juga dikatakan kedengaran berdengung di rumah pangsa itu dan dilihat keluar dari tingkap selain ulat-ulat juga memasuki rumah lain, lapor Kosmo.
Bagaimanapun, mereka diberitahu bahawa bau itu berpunca daripada masalah longkang dan tiada siapa mahu datang untuk menyiasat.
Wanita itu juga dikatakan telah keluar daripada kediaman terbabit.
Seleoane ditemui pada Jumaat lalu apabila polis bertindak memecahkan pintu rumahnya di daerah Pechham, Selatan London.
Hutang sewa bulanan rumah yang didiaminya juga dikatakan mencecah ribuan ringgit.
Peti suratnya juga penuh dengan surat yang tidak diusik.
Jiran Seleoane, Ayesha Smith menegaskan bahawa dia menghubungi persatuan perumahan itu sekurang-kurangnya 50 kali tetapi tiada tindakan sulsulan dilakukan.
Polis Metropolitan berkata bahawa kematian wanita terbabit dianggap sebagai tidak dapat dijelaskan tetapi tidak mencurigakan. Fail siasatan akan dibuka terhadap kes berkenaan.
Sumber: Kosmo