Masyarakat pribumi disiksa sehingga mati 10 penceramah agama dalam ritual hapuskan dosa

Seramai tujuh orang penduduk pribumi maut kerana menjadi mangsa ritual agama aneh di sebuah lokasi pendalaman di Panama.

Menerusi laporan antarabangsa penduduk pribumi dikawasan hutan itu ditahan oleh 10 “penceramah” agama untuk disiksa dengan teruk.

Penduduk pribumi dari suku kaum Ngabé Buglé itu bukan sahaja dipukul,bakar tetapi juga turut dicederakan menggunakan senjata tajam semata-mata mahu memastikan mangsa bertaubat atas segala dosa yang sudah dilakukan.

Sementara pembongkaran ritual agama kejam ini mula dihidu pihak berkuasa apabila tiga daripada mangsa berjaya meloloskan diri ke hospital untuk menerima rawatan.

Melalui penemuan pihak berkuasa mereka menemui sebuah gereja yang telah diubahsuai untuk menjalankan acara untuk agama yang dikenali sebagai Cahaya Baru Tuhan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan pihak pendakwa tempatan Rafael Baloyes, kesemua mangsa itu ditahan atas paksaan.

“Kesemua mangsa yang ditahan adalah secara paksa.

“Semua ritual ini bertujuan untuk membunuh sekiranya mangsa tidak bertaubat atas dosa-dosa mereka,” katanya.

Menjelaskan penemuan secara terperinci, tambah Baloyes pihaknya turut menyelamatkan 14 mangsa termasuk mangsa yang bogel dan seorang wanita.

Selain itu juga dalam serbuan itu juga pihak berkuasa turut menemui pelbagai senjata untuk menyiksa mangsa termasuk parang dan pisau selain seekor kambing yang telah dikorbankan.

Tambahnya lagi pihak berkuasa juga turut menemui sebuah lokasi perkuburan baharu terletak dua kilometer dari gereja tersebut yang menempatkan 7 mayat termasuk seorang bayi berusia satu tahun, wanita mengandung dan seorang remaja perempuan.

Lebih mengejutkan pihaknya juga apabila salah seorang suspek juga merupakan datuk kepada salah seorang mangsa yang dibunuh.

“Mereka mencari keluarga ini untuk mengadakan ritual dan menyiksa mereka selain membunuh hampir seluruh keluarga,” katanya lagi.

Sumber : TheGuardian.com

Most Popular