Masak mi segera untuk sarapan, makan tengah hari & malam, isteri akhirnya diceraikan suami

Masak mi segera untuk sarapan, makan tengah hari & malam, isteri akhirnya diceraikan suami
Healthy meal photo created by KamranAydinov - www.freepik.com

GARA-gara makanan, sebuah mahligai runtuh di tengah jalan… Itu kejadian yang berlaku di New Delhi, India apabila seorang lelaki tergamak untuk berpisah dengan isterinya yang didakwa hanya pandai memasak mi segera untuk dijamah.

Kejadian itu didedahkan hakim utama daerah dan mahkamah sesyen, ML Raghunath minggu lalu, lapor Kosmo.

Jelasnya, kes tersebut berlaku ketika dia menjadi hakim di daerah Ballari, negeri Karnataka sebelum ini.

“Lelaki itu mengadu isterinya tidak tahu memasak makanan kecuali mi Maggi. Hidangan itu disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

“Dia mendedahkan isterinya pergi ke kedai dan hanya membeli mi segera kerana tidak pandai memasak hidangan lain,” kata Raghunath.

Tambah Raghunath, akhirnya mereka bercerai atas persetujuan bersama.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian kepada pertikaian perkahwinan adalah sedikit sukar.

Kebanyakan mereka rujuk semula setelah memikirkan masa depan anak-anak.

“Kami menggunakan sentimen untuk membawa kompromi dalam kalangan pasangan dan menyatukan mereka semula. 

“Ia lebih kepada masalah psikologi berbanding fizikal,” jelas beliau.

Dalam kebanyakan kes, walaupun pasangan merujuk semula, parut pertikaian mereka masih kekal.

Sumber: Kosmo