Lelaki Vietnam dapat 25 juta ‘view’ dengan hanya merenung kamera fon, kau hado?

TAK perlu bersusah-payah buat ‘content’, sekadar termenung memandang kamera pun masih mampu meraih 25 juta tontonan.

Itu antara video yang kini tular di TikTok yang menjadi antara aplikasi media sosial pilihan ramai.

Pengguna TikTok bernama @anhtrantan yang dipercayai dari Vietnam sebelum ini berkongsi beberapa video berlatarkan muzik rancak menerusi aplikasi itu.

Siapa sangka Anh Tran Tan mampu meraih 25 juta view dengan hanya merenung kamera fon menerusi aplikasi TikTok.

Namun, tidak seperti pengguna TikTok lain yang bertungkus-lumus mencari ‘pengisian’ menarik termasuk menari bagi meraih tontonan tinggi, lelaki terbabit keluar daripada kebiasaan apabila hanya berkongsi video dia termenung memandang kamera tanpa dialog.

Videonya itu meraih tontonan tinggi sehingga ramai warganet hairan bagaimana ia mampu mendapat jutaan tontonan.

Namun, tidak kurang yang menganggap tindakan itu lucu dan lain daripada kebiasaan.

Pengguna Twitter, Riza Garjelo Manalo dalam komennya turut terkejut bagaimana video sedemikian mampu mendapat tontonan tinggi.

Jumlah pangikut Anh Tran Tan di TikTok naik mendadak biarpun hanya mula memuat naik video pertama pada awal September lepas.

Bagi pengguna lain dikenali sebagai Anjim pula, dia menyifatkan ia adalah ‘kuasa’ apabila seseorang berdiam diri.

Sebelum ini, Oddity Central melaporkan seorang pelakon amatur di China menjadi popular selepas video tidurnya menerusi penstriman secara langsung di platform Douyin, menjadi viral.

Pada awalnya, Yuansan dari Jiangxi dikatakan melakukan penstriman itu bagi mengetahui sama ada dia benar-benar berdengkur.

Bagaimanapun, selepas bangun tidur, lelaki itu terkejut apabila mendapati video selama kira-kira lima jam itu ditonton lebih 100,000 kali.

Malah, video berkenaan viral menyebabkan salurannya merekodkan 800,000 pengikut baharu.

Yuansan kemudian mengulangi tindakan sama sehingga salurannya merekodkan 18.5 juta tontonan dan diikuti hampir sejuta orang.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...