Lelaki sanggup tinggalkan isteri selepas mengaku jatuh cinta dengan ibu kandung sendiri

Lelaki sanggup tinggalkan isteri selepas mengaku jatuh cinta dengan ibu kandung sendiri
FOTO: The New Day

SEORANG lelaki dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) mengejutkan ramai pihak selepads mengaku jatuh cinta dengan ibu kandungnya sendiri.

Hubungan sumbang mahram antara Ben Ford, 32 dan ibunya Kim West, 51, terbongkar pada 2016 selepas 30 tahun lelaki itu dijadikan anak angkat oleh orang lain, lapor Kosmo.

Ford menulis surat kepada West sebelum mereka akhirnya disatukan pada 2014 dan hubungan terlarang antara mereka bermula.

Mereka didakwa telah melakukan hubungan intim beberapa kali sebelum Ford mendedahkan perasaan sebenar kepada isterinya, Victoria.

“Setiap kali saya meniduri kamu sejak saya bertemu dia (ibu), saya bayangkan sedang mencium dia (ibu). Jika tidak saya tidak dapat melakukannya,’’ jelas Ford kepada Victoria.

Victoria terkejut setelah mengetahui dia akan ditinggalkan oleh suaminya yang akan ‘bersatu’ bersama ibu kandung sendiri.

Pasangan ibu dan anak itu dipaksa bersembunyi oleh undang-undang negeri Michigan.

Mereka boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan didaftarkan sebagai pesalah seksual seumur hidup.

Sumber: Kosmo