Lelaki rakus ‘rogol’ kuda dalam kandang!

Background photo created by jcomp - www.freepik.com

SEORANG pemilik pusat ekuestrian di Amerika Syarikat terkejut apabila salah seekor kuda di situ menjadi mangsa kerakusan nafsu seorang lelaki.

Melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki tersebut dilihat melakukan hubungan seksual dengan haiwan tersebut yang ditempatkan dalam sebuah kandang, lapor Kosmo.

Kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu.

Pelaku dilaporkan masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa.

Pusat ekuestrian menemui rakaman tersebut dalam salah satu sistem keselamatan yang cuba dirosakkan oleh suspek.

Lelaki itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mencabut wayar pada salah satu kamera namun ada kamera dari sudut lain yang masih berfungsi.

“Saya melihat individu ini sebagai pemangsa seks. Ia merupakan satu ancaman kepada komuniti kecil,” kata Hillary Swarr.

Sebaik sahaja melihat rakaman itu, Swarr terus menuju ke arah kandang kuda itu namun lelaki tersebut telah melarikan diri.

Dia menegaskan akan menjejaki lelaki terbabit dan membawanya ke muka pengadilan.

Sumber: Kosmo