Home Berita Luar Negara Lelaki Malaysia ditembak penduduk Siam selepas menang laga ayam di Sungai Golok

Lelaki Malaysia ditembak penduduk Siam selepas menang laga ayam di Sungai Golok

Lelaki Malaysia ditembak penduduk Siam selepas menang laga ayam di Sungai Golok
FOTO: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/da/COCK_FIGHT.JPG

SEORANG lelaki warganegara Malaysia dilaporkan telah ditembak selepas memenangi satu acara laga ayam di negeri Gajah Putih itu.

Mangsa yang dikatakan masuk ke Thailand secara haram ditembak di Sungai Golok, lapor Kosmo.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Sabtu lalu itu, lelaki berkenaan dikatakan berenang kembali ke Malaysia dalam keadaan tangannya berlumuran darah.

Memetik laporan Thaiger, nasib lelaki tersebut berubah malang biarpun ayam miliknya menang dalam perlawanan itu apabila sekumpulan penduduk Thailand yang tidak berpuas hati, bertindak menembaknya pada bahagian tangan ketika dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Dia yang bimbang bakal berdepan masalah dengan pihak berkuasa Thailand nekad  berenang masuk ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan.

Terdahulu, dia dikatakan pergi ke Thailand secara haram untuk menghadiri acara laga ayam yang diadakan di seberang Sungai Golok (sebelah Thailand).

Lelaki berkenaan masuk ke Thailand secara haram untuk menjimatkan masa meskipun beberapa rakannya menggunakan laluan yang sah.

Semuanya gara-gara dia enggan terlepas acara pembukaan pertandingan laga ayam itu.

Mangsa dikatakan ditembak sebanyak tiga das oleh sekumpulan penduduk tempatan.

Salah satu tembakan itu mengenai bahagian tangannya.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version