SEORANG lelaki Jepun mengaku bahawa dia telah membunuh dan memakan kucing di daerah Küçükçekmece, Istanbul.
Menurut laporan Hurriyet Daily News, dia telah didenda dan dihalau akibat tindakan kejamnya itu.
Seorang penduduk tempatan berkata, “Anak kucing di kawasan itu telah hilang baru-baru ini dan kami melihat dia mengambilnya”.
Difahamkan, lelaki berkenaan telah tinggal di daerah tersebut selama tiga tahun dan pernah didakwa oleh jiran tetangga yang melihat kelibatnya yang gemar mengambil beberapa anak kucing pada setiap pagi sejak beberapa hari lalu.
Penduduk yang merasa risau dengan nasib anak kucing sempat menahan lelaki berkenaan sebelum memanggil pihak polis dan ketika ditahan memang dia mengakui bahawa dia telah menculik dan memakan haiwan comel tersebut.
Lelaki Jepun itu telah didenda sebanyak 10,375 Lira Turki (RM 4,913.41) kemudian dibawa ke pejabat imigresen untuk dihantar pulang ke negara asalnya.
Pemilik ibu kucing, Yasin Öztürk berkata, “kucing saya telah melahirkan beberapa ekor anak kucing pada dua bulan lalu dan kami menjaganya dengan sangat baik”.
“Satu hari kami sedar akan kehilangan banyak kucing dan sekarang saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku”, jelasnya yang tidak menyangka dengan kejadian keterlaluan ini.