Lelaki 93 tahun kesal hidup lama, tapi banyak ‘hutang’ dengan Tuhan

TIDAK ramai di antara kita yang diberi kesempatan oleh Tuhan untuk hidup dengan umur yang panjang. Tetapi tidak bagi lelaki ini,tuhan masih memberikan kesempatan hidup diusia yang tua ini,walaupun terpaksa mengunakan mesin bantuan pernafasan(Ventilator) dan membayar kos pengunaan mesin bantuan pernafasan itu mencecah 5000 Euro sehari.

Meskipun begitu,lelaki berusia 93 tahun ini tidak memilih untuk merasa bahagia dengan keadaannya yang masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga menarik perhatian seorang doktor untuk menasihatinya. Namun satu hal yang mengejutkan dan turut membuat doktor tersebut turut bersedih ialah penjelasan lelaki tua itu sendiri.

“saya tidak menangis disebabkan kos rawatan yang perlu saya bayar kerana saya mampu membayarnya,saya menangis kerana saya sudah menghirup
udara ciptaan tuhan selama 93 tahun,tapi saya tidak pernah membayarnya walau satu
sen pun,sedangkan saya membayar kos pengunaan mesin bantuan penafasan ini sebanyak
5000 Euro.

“Awak tahu berapa banyak hutang saya dengan Tuhan yang perlu saya bayar?,
saya tidak pernah bersyukur kepada-Nya.”

Itu kisah yang mula mendapat perhatian media di Indonesia.

Rata-rata pembaca turut meluahkan rasa terharu dan sebak atas kisah menyayat hati itu.