Home Berita Luar Negara Kereta Rempuh Pintu Masjidil Haram, Pemandu Ditahan

Kereta Rempuh Pintu Masjidil Haram, Pemandu Ditahan

SEBUAH kereta dilaporkan telah dipandu melepasi halangan di kawasan Masjidil Haram pada 10.25 malam waktu tempatan, bersamaan jam 3.25 pagi waktu Malaysia.

Menerusi laporan Middle East Eye, pemandu kereta itu telah melanggar penghadang di halaman luar masjid sebelum menghala ke arah salah satu pintu luar yang besar, pintu 89.

Menurut Haramain Sharifain, pemandu kereta berkenaan telah ditahan dan sedang disoal siasat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Dalam video yang tular di media sosial, kelihatan sekumpulan orang ramai menolak kenderaan itu pergi daripada kompleks berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Arab Saudi bakal membenarkan warga asing untuk menunaikan umrah secara berperingkat di negara itu bermula 1 November ini (esok).

Insiden ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

“Moga Allah pelihara Haramain dan para tetamu-Nya,” tulis Dr Zulkifli di Twitter.

Sumber: Siakapkeli

Exit mobile version