Kemaluan lelaki dipotong dan dijadikan santapan babi hutan selepas cubaan merogol anak saudara

SEORANG lelaki berdepan detik ngeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki dan kemudian diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan di Brazil baru-baru ini.

Menurut laporan berita portal news.com.au, sebelum insiden tersebut, lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan cuba merogol anak buahnya berusia 20 tahun. Namun wanita berkenaan berjaya melepaskan diri dan memberitahu ahli keluarga tentang kejadian yang menimpa dirinya.

Lelaki itu kemudian diajak ke sebuah ladang tebu di wilayah Olhos D’Agua dengan tujuan untuk membantu memandulkan beberapa ekor babi hutan pada 19 April lepas. Ketika dia tiba di lokasi kejadian, dia diserang teman lelaki wanita berkenaan bersama seorang lagi lelaki lain sehingga tidak sedarkan diri.

Selain kemaluannya turut dipotong dan dipercayai diberi kepada beberapa ekor babi hutan yang berkeliaran di kawasan berkenaan. Mangsa kemudian tersedar dan pergi ke Hospital Dr Gil Alves sendiri di Bocaiuva selepas mengalami pendarahan yang teruk.

Para doktor berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan namun kemaluannya tidak dapat disambungkan semula. Pakar bedah Felipe Lobo berkata, insiden ini seperti sebuah novel fiksyen.

Katanya, “Kemaluannya habis dipotong. Kami hanya mampu hentikan pendarahan dan menggantikan darah yang telah hilang selain membersihkan kawasan luka”.
Kedua-dua suspek telah ditahan polis dan berhadapan tuduhan cubaan membunuh.

Oleh kerana dakwaan rogol itu tidak dilaporkan kepada polis, lelaki tersebut mungkin tidak akan didakwa. Mangsa ketika ini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: News.com.au