Home Berita Luar Negara Kejamnya! Model terkenal Mexico ditanam dalam kubur bersama lima mayat lain

Kejamnya! Model terkenal Mexico ditanam dalam kubur bersama lima mayat lain

MISTERI kehilangan seorang model terkenal di Mexico yang sebelum itu didakwa diculik akhirnya terbongkar selepas mayatnya ditemui dalam kubur besar bersama lima mayat individu lain.

Yessenia Estefania Alvarado, 24, dilaporkan diculik empat lelaki di tepi jalan di Ciudad Obregon sebelum dilarikan menggunakan sebuah pikap pada 14 Ogos lalu.

Kehilangan ibu muda itu disedari keluarganya yang kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kehilangan ibu muda ini disedari keluarganya pada Ogos lalu.

Dalam laporan pendakwa raya, polis sudah membawa keluar enam mayat termasuk Yessenia dari lokasi kubur berkenaan di Cajeme, Sonora.

Identiti Yessenia disahkan ahli keluarganya yang mengecam baju yang dipakai mangsa.

Laporan asid deoksiribonukleik (DNA) turut mengesahkan perkara sama.

Yessenia Estefania Alvarado dilaporkan diculik empat lelaki menggunakan lori pikap.

Ketika mangsa dilaporkan hilang, abang wanita itu, Juan Carlos Alvarado Rivera pernah memuat naik gambar adiknya di media sosial.

Lelaki itu turut merayu orang ramai untuk mendapatkan bantuan bagi mengesan adiknya.

“Kamu akan kembali. Kamu seorang wanita yang baik, ibu yang hebat dan tidak mendatangkan masalah kepada sesiapa saja.

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham,” kata Carlos.

Lokasi kubur besar tempat mangsa ditemui ditanam bersama lima mayat lain.

Namun, sebaik berita mengenai penemuan mayat adiknya disahkan polis, Carlos sekali lagi meluahkan kesedihan di laman sosialnya.

“Pergilah adikku. Saya akan merindui kamu. Jumpa kamu nanti,” katanya.

Media tempatan melaporkan polis masih mengenal pasti identiti mayat lain. Motif sebenar kejadian juga masih disiasat.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version