Keganasan antipolis: 30 individu dihukum mati sehari selepas jadi punca seorang polis maut

SERAMAI 30 pesalah di Republik Demokratik Congo (DRC) dihukum mati hari ini selepas perbicaraan sehari, susulan didapati bersalah kerana peranan mereka dalam keganasan antipolis di pusat bandar, kata sumber kehakiman.

Seorang polis maut di Kinshasa ketika kumpulan Muslim yang bersaing berjuang mempertahankan hak untuk menandakan berakhirnya Ramadan di stadium sukan utama pada Khamis lalu.

Peguam, Ketua Tshipamba, berkata 30 orang dijatuhkan hukuman mati dalam perbicaraan diadakan semalam, sehari selepas keganasan itu didakwa berlaku, lapor Berita Harian.

Rakaman prosiding diperoleh AFP mengesahkan keputusan itu.

DRC tidak menjatuhkan hukuman mati sejak moratorium diperkenalkan dan diganti dengan penjara seumur hidup pada 2003.

Kerajaan daerah berkata, selain polis yang maut, beberapa orang cedera dan sebuah kenderaan polis terbakar dalam pertempuran di luar Stadium Martyrs.

Sementara itu, Ketua Polis Kinshasa, Sylvano Kasongo, berkata hampir 40 mangsa cedera dan 35 suspek ditahan.

Dua puak bersaing selama beberapa tahun, mempertikaikan kepemimpinan Persekutuan Muslim Comico DRC.

Walaupun kes itu masih dibicarakan, kedua-dua pihak tetap berselisih faham dan ada kalanya bergaduh.

Kira-kira 10 peratus populasi DRC beragama Islam, tertumpu di timur republik itu.

Sumber: Berita Harian