Jijik! Restoran goreng samosa dalam tandas sejak 30 tahun lalu diserbu

Jijik! Restoran goreng samosa dalam tandas sejak 30 tahun lalu diserbu

PIHAK berkuasa Arab Saudi menutup sebuah restoran di Jeddah selepas membongkar tindakan pemiliknya yang menyediakan hidangan samosa dan snek makanan lain di dalam tandas sejak lebih 30 tahun lalu.

Serbuan tersebut dibuat mereka maklumat tentang restoran yang beroperasi dalam sebuah bangunan kediaman, lapor Kosmo.

Selain lokasi penyediaan makanan yang menjijikkan, kesemua pekerja restoran juga tidak memiliki kad kesihatan dan melanggar undang-undang bangunan kediaman.

Menurut akhbar tempatan, Okaz, restoran itu didakwa turut menggunakan daging, ayam dan keju yang sudah tamat tempoh lebih dua tahun lalu. 

Turut dikesan kehadiran makhluk perosak, serangga dan tikus di tapak tersebut.

Pihak perbandaran berkata, mereka telah menutup beberapa restoran haram selain merampas dan memusnahkan lebih daripada satu tan bahan makanan sejak awal tahun ini.

Sumber: Kosmo