Allahuakbar! Bengang diceraikan kerana curang, ibu di Iraq tergamak campak mati dua anak comel dari atas jambatan

SAYUNYA hati… Di manakah naluri dan kasih sayang seorang ibu?

Demi membalas dendam terhadap bekas suaminya, seorang ibu di Baghdad, Iraq tergamak mencampak dua anaknya dari atas jambatan ke Sungai Tigris sehingga kehilangan nyawa baru-baru ini.

Portal Gulf News melaporkan, video wanita terbabit membuang anak lelakinya berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun kini viral di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan tidak berperikemanusiaan wanita berkenaan.

Sumber polis berkata, pihak berkuasa negara itu sudah menahan wanita terbabit dan suspek mengakui melakukan tindakan itu demi membalas dendam terhadap suaminya selepas diceraikan.

RAKAMAN CCTV menunjukkan tindakan tidak berperikemanusiaan ibu terbabit mencampak kedua-dua anaknya dari atas jambatan ke Sungai Tigris, Baghdad, Iraq baru-baru ini.

Mayat dua beradik malang itu telah ditemui pasukan penyelamat selepas dicampak ibunya di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad baru-baru ini.

Bapa dua beradik berkenaan ternyata terkejut dengan kejadian itu dan meraung sebaik mayat kedua-dua anaknya ditemui di Sungai Tigris.

Mangsa dikenali sebagai Hur Mohammed, 3, dan adik perempuannya, Masuma Mohammed, 2.

Mangsa dikenali sebagai Hur Mohammed, 3, (kiri) dan adik perempuannya, Masuma Mohammed, 2.

Ahli keluarga mangsa, Abu Tahsin Deraji mendakwa, wanita berkenaan mahu membunuh kedua-dua anaknya selepas suaminya membuat keputusan untuk berpisah pada akhir bulan lepas.

“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya.

“Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami memulangkan dia kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka inilah sikap sebenar anak perempuan anda.

“Keluarga kami mahu proses penceraian dilakukan di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah memberitahu perkara ini kepada orang lain dan tidak menunjukkan gambar (kecurangan) kepada sesiapa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Belum ‘setel’ disiasat kes rogol kenalan, pendakwah selebriti didakwa paksa seorang lagi wanita buat seks oral

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...